BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 29, 2011

kami bersantai bersama~~





termenung jauh nampak..hahhahaha

~~ceria bersama~~
air dalam tasik tu pon dh kering..he3

Friday, April 22, 2011

SALAHKAH KALAU WANITA TAK TAHU MEMASAK?? (iloveislam)

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

ISTIMEWA BUAT SAHABAT YANG SEDANG DIUJI (JANGANLAH BERSEDIH)~~iloveislam


Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.

01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.

02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.

03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.

04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.

05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.

06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.

07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.

08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.

09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.

Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

RAHSIA DISEBALIK AIR TERJUN YANG INDAH =) (iloveislam)

Pernah pergi tempat air terjun? Katakanlah, satu hari ni, kita teringin nak pergi tengok air terjun. Kawan-kawan kita kata ada satu air terjun ni sangat best! Harus pergi sana! Jadi kita pun excited nak pergi.

Rancang punya rancang, dengan membuat pelbagai persiapan yang sangat teliti, daripada masa perjalanan ke sana, aktiviti yang nak dilakukan di sana, berapa ramai yang nak pergi, dan macam-macam lagi.

Orang kata, memang bersungguh habislah!

Akhirnya, tibalah hari untuk pergi ke air terjun tersebut.

Biasalah, nak pergi tempat yang belum tercemar dengan pembangunan ni, perjalanan dia mesti agak 'bumpy' dengan jalan yang tak licin, ditambah lagi dengan sakit kepala naik 'angkut' (baca:van kecil yang tempat duduknya menghadap ke sisi jalan) adui, rasa menyesal pulak tiba-tiba.

Tapi, sebab kita yakin dah dengan kata-kata kawan-kawan kita tadi, bahawa air terjun tu tersangatlah best. Lebih kurang gitu la kan... punya, kita kuatkan semangat.

Walaupun terpaksa mengharung badai dan ombak, demimu air terjun aku sanggup meredahnya!

Lepas tu, tengah kita sakit perut, pening nak muntah, dengan jalan yang tak best tu, tiba-tiba telinga kita dapat menangkap sesuatu.

Bunyi air terjun!!

Daripada jauh kita dapat dengar. Lepas tu semangat kita pun naik...
Tak lama lepas tu kita dah boleh nampak sungai kecil dengan air yang sangat jernih. Dalam hati dah terfikir, 'air terjun tu nanti mesti lagi cantik airnya'

Setelah hampir dua jam mengharungi ombak dan badai, maka sampailah kita kepada kawasan air terjun yang dijanjikan tadi. Subhanallah, memang sangat cantik dan mendamaikan.

Maka hati kita pun dah berbunga-bunga dan gembira bahagia, tak menipu kawan-kawan kita rupanya.

Pertama, sebab kita dah buat banyak persiapan untuk ke sana. Jadi sudah tentu kita tahu ke mana arah tuju kita.

Kedua, kerana ada banyak 'tanda' yang kita lihat dan dengar.

  • Daripada bunyi air terjun yang boleh didengari daripada jauh,
  • anak sungai yang kita lihat jernih airnya,
  • kata-kata sahabat kita, kerana kita yakin yang dia tidak akan menipu kita.

Jadi, walaupun banyak cabaran dan badai di hadapan, disebabkan Yakin itu, kita mengharunginya dengan tabah dan gagah.

* Cuba gantikan air terjun itu dengan akhirat dan segala janji-janji Allah.

Ia sesuatu yang pasti, dan tanda-tandanya sudah banyak ditunjukkan oleh Allah bagi insan yang mahu berfikir.

Kata-kata 'kawan' kita itu pula dengan kata-kata Muhammad bin Abdullah, Sang Al-Amin, yang tidak pernah menipu, segala kata-katanya, sama ada menerusi kalam Allah Al-Quran atau Hadith.

Pernahkah Rasulullah saw menipu? Jawapannya, kita semua tahu.

Tanda-tanda yang disebutkan sebagai semua tanda-tanda kebesaran dan keesaan Allah, samada dalam Al-Quran dan Hadith, atau melalui segala ciptaanNya di bumi. Segala keindahan alam, semuanya tanda kebesaranNya.

Segala kesusahan dalam perjalanan tadi pula, segala ujian (sama ada baik atau buruk) yang menimpa kita semasa di dunia.

Air terjun tu pula, dianalogikan sebagai syurga yang dijanjikan oleh Allah sangat indah dan tak mampu dibayangkan dek akal manusia yang pendek dan terbatas.

Jika dengan air terjun sahaja kita sudah kagum, apatah lagi syurga kan kawan-kawan?

Perjalanan kita ke sana pula, sebagai perjalanan kita untuk ke akhirat kelak. Pendek kata, kehidupan kita di bumi lah. Bukankah kita semua adalah pengembara?

Pengembara menuju kehidupan yang kekal abadi? Kehidupan kat dunia ni, tersangatlah pendek jika dibandingkan dengan akhirat kelak.

Tak berbaloi rasanya hidup berseronok di dunia, di akhirat merana. Oh tidak! Nauzubillah...

Akhir sekali, bukankah kita sanggup menghadapi segala kesusahan untuk ke air terjun tadi kerana kita YAKIN? Maka tukarkanlah perkataan yakin itu kepada IMAN kita dan terjemahkanlah ia dalam kehidupan kita.

Sebelum melakukan apa-apa, fikirkan dulu, apa natijahnya buat diriku di Sana nanti? Baikkah? Atau burukkah?

Keyakinan kita pada Allah, pada segala apa yang dijanjikannya, menjadi neraca yang cukup berharga. Ia tidak dapat diwarisi daripada bapa atau ibu yang soleh, ia perlu dicari dan ditanam oleh diri sendiri.

Diperkukuhkan dengan ilmu dan amal hanya kerana Allah swt satu-satunya Zat yang layak untuk diibadahi. Dengan bimbingan dan pedoman daripada Rasulullah saw, contoh terbaik bagi seluruh umat manusia.

"Begin with the end in mind", kata Stephen Covey.

Bagaimana kita mahu pengakhiran kita kelak, itulah yang akan mencorakkan seluruh kehidupan kita, insya Allah.

Kehidupan ini bukanlah mudah, banyak cabaran dan dugaan, terutama sekali di akhir zaman ini, dengan fitnah Dajjal sedang berleluasa, semoga kita terlindung daripadanya, Amin.

Namun, keindahan dan kecantikan syurga yang menjadi motivasi kepada kita, untuk terus kukuh dalam mentaatiNya, untuk terus kuat dalam menjauhi segala laranganNya, dengan izin Allah swt.

Iman, itu neracanya. Syurga, itu motivasinya.

Ayuh, mari menjadi insan yang bijak!

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) Orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan" - Surah Ali-Imran (3:133-134)

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga.

Thursday, April 21, 2011

aku KINI dan SELAMANYA =)


~HALIZA BINTI AMIR~
(Eja)

Jiwa pasti mati tanpa senyuman~~=)


Hanya dengan sedikit senyuman mampu membahagiakan org disekeliling kita..

Itulah aku~~tak pernah berubah...

Akukah INI??------>pic time blurrr...wawawa

pic candid...hahaha..tatap mataku..bersinar-sinar..

ada sinar di mataku..cewahh..hahhaha

Masa boring2..duk dpn laptop tangkap gmbr~~~huhuhu


~~kami selamanya~~













































































~~my family~~







Wednesday, April 20, 2011

~~KENANGAN TERINDAH~~


SMK OYA, DALAT.2006/2007


upper six..smk oya dalat
6AC
2006/2007


TABIKA KEMAS KAMPUNG PANCHUR DARO
cuba la cr sy yg mana satu..he3



inilah anak buah kesayanganku..eqmal vs intan


Inilah anak buah

pertamaku MOHD EQMAL BIN ABDUL MALEK. skrg dh 4thn..









yg pompuan ni plk anak buahku yg kedua NURQHAIRATUL SHARDINA BINTI ABDUL RANI
Ktaorg pangil INTAN..aku pun pelik..nape mak n ayh dia panggil INTAN..tak da kaitan dgn nama dia lansung..hehhehe..so, ktaorg pon pngil INTAN gk ler...aku rindu sgt2 kt dua2 nia..tak sabar nk balik kpg...

Saturday, April 16, 2011

LELAKI IDAMANKU~~

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

Allah Ingin Mengubah Haluan Hidup Kita Agar Mencapai Apa Yang Dihajati.

Adakalanya kita berhajatkan sesuatu akan tetapi untuk Allah mengurniakannya kepada kita, sesuatu kejadian buruk harus berlaku. Jika baca pengalaman saya untuk mendapatkan anak perempuan, walaupun ianya hanya hipotesis saya sahaja, sekarang saya dan isteri sering tersenyum mengenangkan kisah lalu yang mana telah memberikan apa yang kami hajati. Lagi satu kejadian yang berlaku pada diri saya sendiri adalah bila mana terjadi satu peristiwa yang menimbulkan kekecewaan yang mendalam dan memaksa saya seolah-olah ber"judi" mencari kerja diluar negara. Alhamdulillah sekarang ini saya amat sukakan kerjaya saya ini, bukan sahaja mampu menghabiskan hutang malah boleh berkongsi ilmu dengan insan lain. Memang dari kecil lagi saya selalu memikirkan bagaimana caranya saya boleh membantu manusia, alhamdulillah salah satu caranya telah kelihatan iaitu melalui perkongsian ilmu disini. Semuanya akibat dari peristiwa buruk yang melanda.

Saya percaya jika setiap diri kita ini merenung seketika kisah masa silam pasti ada peristiwa yang sama berlaku pada setiap individu yang mana dari peristiwa yang buruk berkesudahan dengan kebaikan. Kebanyakan kita tidak perasankan ianya kerana mungkin idea ini tidak pernah timbul di pemikiran ataupun jarak masanya yang agak jauh akan tetapi jik akita ikuti rentetan-rentetan hidup, pasti kita akan berterimakasih kepada Allah yang maha penyayang.

SETAKAT MANA??

" Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan Akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (57:20)



sesekali

Ingin ku luahkan perasaan ini...

ingin ku luahkan segala yang di hati..

ingin ku sesali mencurahkan kasih ini...

bukannya menduga...menyelami hatimu..

ingin ku bercinta..tapi ku tak mampu..

ingin ku bermanja..tapi pada siapa..

walaupun sekali..masih ku tak daya..

bertahan..berbanyak kurasa curiga...

pada mu ku rasa tak layak bercinta...

ku imbas cinta tak seindah bicara..

tiada apa lagi yang ku impikan..

biarlah masa yang menentukan..

biar ku tahan..kerna cinta tak kesudahan..

biar ku pendam perasaan ini...

biar ku genggam..seribu rahsia cinta...

biar gelora mengisi ruang hati ku...

ANTARA SUKA DAN SAYANG

Assalamualaikum..

Isu konflik dalam perasaan mengisi ruangan penulisan saya untuk ke sekian kalinya. Saya teruja untuk mengupas soal kekeliruan yang melibatkan antara suka dan sayang. Pada dasarnya kita lihat antara dua perkataan ini membawa sebuah pengertian yang sama. Tetapi jika kita halusi lagi ternyata keduanya mungkin sama tapi tak serupa.

Jika kita menyukai seseorang itu tidak bermakna kita menyayanginya, tetapi jika kita menyayangi seseorang sudah pasti kita amat menyukainya. Mari kita lihat pro dan kontra dalam definisi antara “suka” dan “sayang” di bawah.

Dari Segi Layanan

Suka – Si dia akan melayan anda sama seperti teman-teman yang lain sehingga anda merasakan tiada keistimewaan langsung untuk anda. Mungkin juga anda sering melakukan aktiviti bersama tetapi si dia lebih cenderung untuk menghabiskan masa sekadar berseronok dan bergembira sahaja. Dengan jelas dapat dilihat bahawa si dia hanya berkawan dengan anda untuk menghiburkan hatinya. Apabila anda sakit atau bermasalah, si dia sedia mendengarnya tetapi hanya sekadar menjadi pendengar tanpa sebarang tindakan yang boleh membantu.

Sayang – Sedar atau tidak cara si dia melayan anda tampak berbeza dari teman-teman yang lain. Si dia lebih mengambil berat tentang diri anda sama ada dari sudut jasmani mahupun rohani. Si dia turut gelisah dan susah hati tatkala anda dilanda sebarang masalah. Dari sudut yang lain, si dia sanggup menghulurkan sebarang bantuan tanpa minta dibalas. Ada ketikanya juga anda tidak sedar bahawa si dia telah menolong anda menyelesaikan beberapa perkara.

Topik Perbualan

Suka – Kebanyakan topik yang diperbualkan antara anda dan si dia adalah bersifat cakap kosong. Apabila berkumpul bersama teman-teman yang lain, dia dengan jelas bersekongkol untuk mengenakan anda. Bila berduaan pula si dia akan mengelak dari membicarakan soal peribadi atau perancangan masa hadapan. Si dia menyukai anda kerana sifat betah yang anda pamerkan ketika mengisi ruang perbualan dan tidak lebih dari itu.

Sayang – Kala bersama teman-teman yang lain, si dia menunjukkan sifat defensif terhadap diri anda. Si dia seboleh mungkin akan cuba mempertahankan anda apabila ada di antara teman yang berkata buruk tentang diri anda. Walaupun dengan nada lembut, si dia akan terus menyokong anda. Bila berkesempatan, si dia tanpa rasa segan silu untuk meluahkan kegembiraan mahupun kedukaan terhadap anda. Pada waktu tertentu pula, topik perbualan antara anda dan si dia akan menjurus ke arah pembinaan sebuah institusi keluarga atau perancangan di masa hadapan bersama. Dalam ertikata lain, si dia sedia berterus-terang meluahkan perasaannya kepada anda.

Aktiviti dan Pergaulan

Suka - Mungkin anda dan si dia selalu melakukan sebarang aktiviti bersama terutama sekali aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan.

Secara zahirnya anda lihat dia gembira ketika melakukan aktiviti tertentu bersama anda, tetapi ada ketikanya dia seakan-akan cuba mengelak dari anda. Berkemungkinan juga si dia tidak mahu dilihat begitu rapat dengan anda ketika bersama teman-teman yang lain.

Sayang – Walau apa jua aktiviti yang ingin dilakukan, si dia seboleh mungkin mahu anda turut serta. Dengan penuh kesungguhan si dia akan berusaha untuk memastikan hari yang dilalui bersama itu bermakna kepada dirinya dan anda. Si dia akan bertegas dengan dirinya agar tidak melakukan sebarang kesilapan yang akan melukakan hati anda. Walaupun ada sesetengah perkara itu menjengkelkan, si dia akan cuba menyembunyikan perasaan jengkel itu demi menjaga hati anda. Namun begitu, ini tidak bermakna anda perlu berpura-pura menjadi seorang yang sempurna.

Perwatakan dan Sifat

Suka – Ketika si dia menghadapi kesukaran, dia akan mempamerkan kemesraan yang luarbiasa. Si dia akan melayan anda dengan sebaik-baiknya dengan harapan agar anda dapat menghulurkan bantuan. Mungkin pada waktu begini anda merasakan yang si dia sayangkan anda tetapi sebenarnya tidak. Si dia hanya sukakan anda kerana anda boleh menjadi seorang kawan yang baik hati.

Si dia tidak pernah ambil kisah tentang penampilan anda. Dari segi pakaian contohnya, si dia hanya akan memuji walaupun pada hakikatnya cara pemakaian anda itu tidak bersesuaian dengan tempat dan situasi tertentu.

Sayang - Ketika menghadapi sebarang kesulitan, si dia seterdaya mungkin akan menyembunyikannya. Tindakan si dia sebenarnya sangat murni jika dihalusi kerana tidak mahu anda turut terjerumus ke dalam masalah yang sedang dihadapinya. Tetapi, jika anda juga menyayangi si dia sudah pasti anda dapat menghidu perwatakannya yang cuba merahsiakan sesuatu.

Si dia akan menunjukkan rasa tidak suka dengan cara pemakaian anda yang keterlaluan dan baragkali terlalu seksi pada pandangan matanya. Bukan kerana cemburu, tetapi si dia tidak mahu anda dijadikan bahan bual bicara sesiapa sahaja yang melihat. Di sinilah anda dapat lihat sifat prihatin si dia tehadap anda.

Kesimpulan

Walau suka atau sayang, kita seharusnya menghindari sifat kepuraan. Jangan sesekali kita menjadikan kepuraan itu sebagai pegangan. Kita mesti bersifat berani untuk menonjolkan perwatakan sendiri. Tidak perlu rasa takut untuk menjadi diri sendiri kerana dengan menjadi diri sendiri kita akan mampu membina keyakinan. Mungkin ada teguran yang menyakitkan, tetapi kita harus meletakkan setiap kritikan itu sebagai suatu panduan untuk kita memperbaiki kesilapan. Yang baik jadikan tauladan, jika buruk kita lemparkan sejauh mungkin.

Sekian.


MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI

Oh cinta...

Kau begitu angkuh sehingga tidak sudi menyentuh

aku

Kau begitu angkuh sehingga sapaanku tidak kau

balas walaupun dengan senyuman tipismu

Salah apa aku sehingga kau tidak ramah kepada

aku?

Wajarkah kau hukum aku tanpa pembelaan?

Mengapa kau tergamak mengubur aku dalam

liang lahadmu?

Kini semua sudah terjadi....

Semua sirna ditelan kesombongan sendiri

Sejuta asa pun musnah, dilebur ombak pembawa

derita yang menari-nari di atas luka hati...

Tuhan,

kuatkan aku dalam menjalani hidup tanpa cinta,

ranpa kasih sayang, tanpa sentuhan lembut orang

yang pernah terlukis di hati ini...

(petikan dari novel HIKIKAT CINTA)

Kadang-kadang~~

*kadang-kadang kita lupa nak tanya khbar si dia....

* kadang-kadang kita selalu inagt dia tak ingat kita...

*kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan bersama..

* kadang-kadang kita ingin tahu daripada mengambil tahu..

* kadang-kadang kita hanya pandai berkata daripada melakukannya..

* kadang-kadang kita tak sedar ada orang yang menyayangi kita..

* kadang-kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita..

* kadang-kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa..

* kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan..

* kadang-kadang kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita..

* kadang-kadang kita tak tau yang dia tak suka kita..

* kadang-kadang kita tak tau pula yang serius itu memang benar serius...

* kadang-kadang kita tak respect pada kawan yang banyak membantu kita...

* kadang-kadang kita hanya ingat seseorang kalau kita memerlukan...

* kadang-kadang kita akan lupa kawan ketika kita sedang gembira...

* kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang jika kita ketinggalan sesuatu berita...

* kadang-kadang kita akan menyalahkan orang lain walhal masalah itu berpunca dari kita...

* kadang-kadang kita akan utamakan yang baru dari yang lama...

* kadang-kadang kita tersentap kalau si dia menegur kita...

* kadang-kadang kita cakap kita tidak akan begitu padahal kita lakukan juga..

* kadang-kadang kita cuba melakukan yang terbaik tetapi menyusahkan orang lain...

* kadang-kadang kita suka memerhati daripada menegur...

* kadang-kadang kita suka mengharap pertolongan tanpa meluahkannya...

* kadang-kadang kita sentiasa kelihatan happy padahal hanya kita sahaja yang tahu...

* kadang-kadang kita sentiasa nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan diri kita...

* kadang-kadang kita kita senang lupa akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja....

* kadang-kadang kita selalu ingat kita saja betul...

* kadang-kadang kita sukar menerima pendapat orang lain...

* kadang-kadang kita selalu fikir sesuatu yang serius sebagai remeh temeh...

* kadang-kadang kita selalu singkat tanpa memikirkan apa kesudahannya....

Ayahlah segalanya~~

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Friday, April 1, 2011

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
Bukan kerana merah kilau lipstik
Pada bibir memekar senyum kosmetik
Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa
Tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
Tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
Merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
Menjauhi persekongkolan ipar lamai
Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
Membuai anak kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
Telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek
Menyaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
Peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
Menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah.

JODOH KITA


“Aku cuba sembunyikan agar tiada siapa tahu tapi ia hadir setiap kali mata kita bertentang... aku tidak peduli siapa kau dan dari mana kau hadir selagi kau mencintaiku”

Rasa yang sungguh selesa dan dingin seolah-olah dia berada di atas katil bertatahkan emas dan berselimutkan sutera. Aina menarik selimut itu lagi hingga ke paras bahunya. Matanya masih lagi berat untuk dibuka tetapi dia merasakan ada sesuatu kelainan pada selimutnya. Bau bilik itu juga lain.

Tiba-tiba, dia kedengaran langsir yang dibuka dan lantas itu juga sinaran matahari menyilaukan matanya. Cepat-cepat dia membuka matanya dan alangkah terkejutnya apabila melihat keadaan di bilik itu.

“Cik Harlisa dah bangun? Baru tadi Datuk bertanyakan tentang cik…” ujar seorang perempuan separuh umur kepadanya . Aina bangun dari katil itu, masih dalam keadaan terpinga-pinga. Dia tidak tahu bagaimana dia berada di bilik itu. Perempuan tua itu pula masih mengukir senyuman seolah-olah sudah biasa dengannya.

“Cik Harlisa mandi dulu. Nanti Mak Jah siapkan sarapan ya…” ujarnya lagi dan mula mengatur langkah meninggalkan Aina. Aina keliru. Siapa pula Harlisa, di mana dia berada dan bagaimana dia sampai ke sini?

“Tunggu dulu, makcik. Saya bukan Harlisa. Di mana saya ni?” tanyanya dalam keadaan yang cemas. Dia tidak pernah berada di bilik sebegitu indah itu dan penuh kemewahan.

“Kenapa Cik Harlisa kata begitu? Inikah rumah cik. Apa yang cik merepek ni?” jawab perempuan dengan tenang. Tanpa menunggu jawapan daripada Aina perempuan itu terus meninggalkannya.

Aina terduduk kembali di atas katil. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepadanya? Apa yang diingatinya, dia berjalan seorang diri di dalam kawasan yang gelap dan dia ditarik oleh seseorang. Mulutnya ditutup kemas dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Ya !!! Dia amat pasti dengan apa yang telah berlaku. Dia bukan Harlisa.

“Cik tak mandi lagi?” suara perempuan tua tadi mengejutkannya. Perempuan itu sentiasa menguntum senyuman. Aina berasa amat rimas dengan kelakuan perempuan itu. Dia dapat merasakan perempuan tua itu berpura-pura dan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Terus dia berdiri dari katil itu.

“Sudahlah !!! Tak payahlah makcik nak berpura-pura dengan saya. Jangan nak menipu saya. Saya bukan Harlisa dan saya nak tahu di mana saya berada berada sekarang ni…” tanpa dapat menahan kesabarannya, Aina meninggikan suaranya. Suasana sepi seketika hanya kedengaran nafas Aina yang turun naik. Dia dapat merasakan dirinya dipermainkan dan apakah permainan ini sebenarnya?. Mengapa dia yang menjadi mangsa permainan itu? Setahunya dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa pun. Perempuan itu melangkah beberapa langkah ke arah meja solek di bilik itu dan mengambil satu ‘frame’ gambar yang berada di situ. Dia menghulurkannya kepada Aina.

“Inikan gambar cik?”

Aina meneliti gambar itu dan memang benar itu wajahnya. Dia betul-betul keliru dengan apa yang berlaku.

“Kalau cik tak percaya, nanti Mak Jah ambil gambar-gambar lain,” tambah perempuan, membuka laci meja solek dan mengeluarkan beberapa buah album gambar.

Aina membelek-belek gambar-gambar itu satu persatu. Melihat insan di dalam gambar itu yang kelihatan ceria dan gembira dengan keluarganya. Memang betul wajah itu ada iras wajahnya dan yang pasti bukan wajahnya. Akhirnya dia faham dengan apa yang berlaku setelah melihat gambar Datuk Hamidi memeluk erat gadis itu dan berhujankan salji. Sungguh bahagianya mereka.

“Itukan papa Cik Harlisa ?”ucap perempuan itu lagi.

Aina mendiamkan dirinya. Dia masih leka membelek gambar-gambar itu. Dia sudah faham apa yang dimainkan oleh Datuk Hamidi. Hatinya diusik pilu. Lelaki itu cuba mengembalikan kenangan yang tidak akan berulang lagi.

“Mak Jah keluar dulu ya.”

****

Aina menunggu kepulangan Datuk Hamidi di perkarangan rumah banglo itu. Suasana rumah itu begitu tenang sekali, kebetulan kedudukannya yang berhampiran dengan bukit. Di perkarangan rumah itu juga terdapat taman bunga dan kolam dengan anak-anak ikan emas yang sedang enak berenang ke sana ke mari.

“Sayang… rumah sebesar itu tetapi tiada penghuni,” bisik Aina sendirian.

Setelah hampir maghrib, Aina masuk kembali ke rumah itu dan orang yang ditunggunya belum lagi menunjukkan dirinya. Dia menjenguk ke dapur melihat Mak Jah yang sentiasa sibuk dengan kerjanya.

“Cik Harlisa… nak apa?” soal perempuan itu terkejut. Aina senyum. “Sebentar tadi Datuk telefon, dia beritahu ada urusan di London tiga hari,” beritahu perempuan itu lagi. Tangan ligat membersihkan pinggan di dalam sink.

“Oh… begitu,”jawab Aina sedikit terkejut. Dia merasakan lelaki itu ingin menjauhkan dirinya. Aina termenung, bagaimana dia ingin menyesuaikan dirinya dengan keadaan di rumah itu sedangkan tuannya entah ke mana. Lari atau tidak. Aina juga terfikir untuk melarikan diri dari banglo itu tetapi dia masih waras. Lelaki itu ikhlas untuk mengambilnya sebagai anak angkat cuma Aina yang masih ragu-ragu dengan keikhlasan itu.

****

Hari yang dinantikan telah tiba. Hari itu genaplah tiga hari Datuk Hamidi berada di London dan Mak Jah memberitahu Aina bahawa lelaki itu akan tiba di Malaysia tengah hari itu juga. Apa yang peliknya, Mak Jah kelihatan begitu sibuk mengadakan persiapan seolah-olah ingin menyambut kepulangan orang yang telah bertahun-tahun tidak ditemuinya. Rumah itu dihias dengan cantik. Aina membantu Mak Jah memasak makanan tengah hari.

Saat yang ditunggu telah tiba. Sebuah kereta Mercedes hitam masuk ke perkarangan banglo itu. Mak Jah, Pak Abu dan Aina berdiri di muka pintu menyambutnya. Jantung Aina berdenyut kencang. Dia tidak tahu bagaimana dia akan bersemuka dengan Datuk Hamidi. Apakah dia perlu memanggil lelaki itu ‘papa’?

Lain yang dijangka, bukan Datuk Hamidi seorang saja yang keluar dari kereta itu tetapi ada seorang lagi pemuda lagi di sampingnya. Aina meneguk air liurnya perit. Datuk Hamidi menjeling ke arahnya manakala pemuda mengukir senyuman kepadanya.

“Selamat pulang ke tanah air Haris,” ucap Mak Jah dengan gembira dan memeluk pemuda itu. Pak Abu juga berpelukan erat dengan pemuda itu dan suasana gamat seketika.

“Siapa pula Haris?” bisik hati Aina.

“Hei… Lis mengapa diam ni?”

Tanpa disedari pemuda itu telah berada di hadapannya. Aina tergaman. Apa yang ingin diucapkannya? Dia tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi dan dia sendiri tidak tahu siapa lelaki itu.

“Tak suka ke abang balik?” ucap pemuda itu lagi. Aina terus mencari kelibat Datuk Hamidi untuk meminta penjelasan tetapi lelaki itu cuma menundukkan kepalanya.

“Kenapa tak suka… Cik Lisa masak banyak makanan kegemaran Haris,” celah Mak Jah dan ketawa. Aina juga terpaksa mengukir senyum.

“Bagus adik abang…” ucap Haris mencuit hidung Aina. “Adik!!!” bisik hati Aina lagi.

“Salam… abang,” terkeluar ucapan itu dari bibir Aina dan serta-merta dia mengambil tangan pemuda itu dan menciumnya. Dia tahu dia harus bertindak melihatkan keadaan Datuk Hamidi yang resah .

“Oklah… jom kita masuk dulu,” celah Datuk Hamidi.

“Eh tunggu dulu… Mana mama…?” soal Haris mengejutkan Aina dan yang lain. Suasana sunyi seketika. “Siapa pula mama?” bisik hati Aina lagi.

“Dia ada mesyuarat penting di Bali. Baru pagi tadi dia berangkat. Dia pun tengah tunggu Haris sebenarnya tapi…” jawab Mak Jah cepat-cepat menyelamatkan keadaan.

“Tak apalah,” potong Haris cepat-cepat seolah-olah kecewa dengan ‘mama’.

Aina cuma mendiamkan diri dan bergerak bersama keluarga itu menuju ke meja makan. Apa yang bermain di benaknya ialah siapakah ‘mama’ dan adakah Haris itu abang kandung Harlisa?

****

Setelah selesai solat Isyak, Aina mengambil kembali album gambar yang pernah dilihatnya pada hari pertama dia di situ. Dia ingin mencari gambar-gambar pemuda itu Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Cepat-cepat Aina mengemas album itu meletakkannnya Alangkah terkejutnya Aina melihat Datuk Hamidi tercegat di depannya.

“Boleh papa masuk,” ujar lelaki itu tanpa kaget menyebut perkataan ‘papa’.

Aina mengangguk kepalanya dan mengizinkan lelaki itu masuk. Dadanya terasa sebak mendengar perkataan itu. Pertama kali dalam hidupnya ada seorang lelaki yang membahasakan dirinya begitu. Sejak kecil lagi dia keempunan mendengarnya dan kini ada orang yang sudi memperdengarnya. Air matanya menitis membasahi pipinya tanpa disedari.

“Kenapa menangis?”

“Sakit..!!!?”soalnya lagi.

Dia memimpin Aina ke sofa. Aina mengelengkan kepala dan menyapu airmatanya. “Pertama kali saya dengar orang membahasakan diri ‘papa’ dengan saya,” ucap Aina meluahkan perasaannya, dadanya semakin diombak pilu. Datuk Hamidi cuma tersenyum dengan ucapan itu. Hatinya turut terusik mendengarnya. Dia tahu Aina tidak pernah menatap wajah ayahnya sejak lahir lagi. Gadis cuma menumpang kasih-sayang di rumah anak yatim sahaja.

“Jangan kata begitu. Mulai hari ini Aina jadilah ahli keluarga kami…janganlah menolak lagi.”

Aina tidak dapat membendung airmatanya lagi lantas dia terus mencium tangan lelaki itu. Dia terharu dengan keikhlasan Datuk Hamidi. Alangkah baiknya, jika dia yang menjadi Harlisa yang sebenarnya.

“Terima kasih, Datuk,” ucapnya dalam keadaan sebak.

“Bukan Datuk tapi papa,” ujar Datuk Hamidi membetulkan perkataan itu dan mereka sama-sama tersenyum.

“Papa minta buat masa ini biarlah Aina guna nama Lis ya… sebab kita mesti rahsiakan perkara ini daripada Haris.”

“Baiklah… tapi mengapa?”

“Sebab papa tak nak Haris putus semangat lagipun ada satu perkara lagi yang Aina dan Haris tidak tahu,” jawab lelaki itu dengan suara yang agak mendatar. “Mari papa tunjukkan,” jawabnya lagi dan menarik tangan Aina keluar dari bilik itu.

“Mak Jah tolong panggilkan Haris ke bilik saya,” arah Datuk Hamidi.

Setelah pintu bilik tidur itu dibuka, mata Aina tertumpu kepada seorang perempuan sedang berbaring di atas katil.

“Mari papa kenalkan kepada mama,” ucap Datuk Hamidi dengan suara yang tersekat-sekat di kerongkongnya. Jantung Aina tersentak kuat. Dia tidak pernah mengetahui tentang kewujudan ‘mama’ walaupun sudah tiga hari dia berada di rumah itu.

“Idah… abang dah jumpa Lis… inipun dia. Idah… bangun sayang…” Lembut sahaja suaranya mengejutkan perempuan itu. Perempuan itu membuka matanya dan berkedip-kedip menatap Aina.

“Mama…” seru Aina dan memegang tangan perempuan itu. Namun perempuan itu tidak memberi sebarang respon. Tangannya sejuk dan kaku. Aina terus memandang Datuk Hamidi meminta penjelasan.

“Batinnya sahaja yang hidup, fizikalnya sudah mati” beritahu lelaki itu dan membelakangi Aina untuk menyapu airmatanya. Aina terduduk mendengarnya. Dia mencium-cium tangan ‘mama’ tetapi perempuan itu hanya melihatnya tanpa sebarang makna. Airmata Aina mengalir dengan laju. Walaupun tiada ikatan di antara mereka tetapi entah mengapa hatinya mengatakan mereka begitu dekat sekali.

“Papa sudah putus asa untuk merawatnya. Papa tahu hanya Lis yang boleh merawatnya kerana dia yang menyebabkan semua ini.”

“Sebenarnya Lis terjebak dengan dadah dan malam itu dia telah masuk ke bilik ini untuk mencuri wang tetapi mujur terserempak dengan papa. Dia mengugut akan mencederakan dirinya tetapi mama dan papa tidak pedulikannya. Malangnya Lis lebih berani…dia menikam dirinya sendiri dan masa itu juga mama kamu pengsan,” sambung lelaki itu menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku.

“Sebab itukah dia meninggal?”

“Tidak. Dia dapat diselamatkan. Tetapi tiga bulan lepas itu dia meninggal dunia di pusat pemulihan …. sebab dadah,” jawab Datuk Hamidi. Kali ini lelaki itu sudah dapat menahan airmatanya. “Papa kesal kerana tidak dapat mendidiknya dengan baik.” Lelaki itu menyapu airmata di pipi Aina. Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dan Haris masuk ke dalam bilik itu setelah diarahkan.

“Haris… mari jumpa mama kamu…” ucap Datuk Hamidi.

****

Aina termenung di balkoni biliknya. Dia memerhatikan pemandangan bukit-bukau yang tersergam indah di depannya. Tetapi fikirannya masih terkenang kepada ‘mama’. Kesian perempuan itu. Sepenuh hidupnya bergantung kepada orang lain. Sebutir patah perkataan pun tidak pernah terkeluar daripada mulut ‘mama’ cuma matanya sahaja yang dapat berkedip-kedip.
Tiba-tiba matanya ditutup oleh seorang.

“Teka siapa saya….” ujar suara itu, lelaki. Hati Aina berdebar-debar, lelaki itu betul-betul menganggapnya Lis dan memperlakunya seperti Lis.

“Abang…. sudahlah!” marahnya dan menyentap tangan itu daripada wajahnya.

Pemuda itu ketawa dengan kerenah Aina. “Abang ingat dah berubah jadi gadis ayu tapi rupanya masih macam singa,”
guraunya dan mencuit hidung Aina. “Ingat tak nama bukit tu?” tambahnya lagi.

“Ha… nama?” soal Aina kembali. Dia tidak tahu-menahu mengenai bukit itu.

“Lis dah lupa ke? Ingat tak masa kecik-kecik dulu kita panggil itu bukit ‘gajah’. Sampai hati Lis lupa…”.

“Alah, lupa nama bukit pun jadi masalah,” jawab Aina dan melangkah ke sofa. Dia berharap agar Haris tidak menanyakan soalan yang pelik-pelik lagi.

“Nama abang ingat tak?”soal Haris lagi sambil mengekorinya ke sofa.

Tersirap darah Aina mendengar soalan itu. “Malas nak ingat… nama abang bukannya sedap sangat,” jawab Aina setelah mendapat idea.

“Aik… Haris Indrawan… tak sedap ke?” soal Haris mengerutkan dahinya “Tahu laaa nama awak tu Harlisa Indragiri,” jawabnya mengenakan Aina. Aina diam, takut untuk memberikan sebarang respon kerana tidak ingin terlanjur kata.

“Lis dah berubah sekarang,” ujar Haris dengan serius.

“Ha…”

“Iya. Dulu abang nak masuk bilik ni pun susah, nak berbual jarang sekali boleh, nak bergurau lagilah. Macammana kawan-kawan Lis sekarang?”

“Ah… sihat…ok tapi…”

“Tapi apa?”

“Lis dah tak berkawan dengan mereka.” Sengaja dia memberi jawapan sebegitu semoga tiada lagi soalan mengenai kawan-kawan Harlisa.

“Baguslah, abang tak suka Lis berkawan dengan mereka. Nak-nak lagi Joe. Tumbukannya masih terasa di pipi abang,” jawab Haris sambil mengosok-gosok pipinya. Aina memerhatikan raut wajah itu . Wajah yang sebanding dengan namanya yang sedap didengar.

“Kenapa renung abang macam tu?” Dia berasa kekok dengan renungan sebegitu-Renungan yang boleh mencairkan hati lelaki.

“Ah… saja nak tenung, bukan luak pun..!!!” jawab Aina tersengih.

“Lis dah ada kekasih?” soal Haris lagi.

“Dah,” jawab Aina yang semakin rimas dengan soalan Haris. “Ada soalan lagi?” sambung Aina.

“Dah tak ada soalan tapi……. nampaknya cepatlah papa dapat cucu,” jawab Haris dan bangun daripada sofa.

“Abang...!!!” Marah Aina dan cuba mengejar Haris yang sudah berlari keluar dari biliknya. Kedengaran suara Haris yang ketawakannya.

****

Aina pergi ke kolej dengan hati yang berdebar-debar. Setelah ditetapkan kelasnya, dia melangkah ke kelas itu bersama seorang pensyarah. Aina dijemput duduk oleh seorang gadis di sebelahnya.

“Hai... awak anak Datuk Hamidi, kan?”soal gadis itu dan menghulurkan tangannya.

“Ya,” jawabnya kepelikan dengan soalan itu.

“Saya Zaza. Rasanya sudah lama awak tak kelihatan di bandar ni. Awak ke mana?”

“Ha.... ada. Saya tak ke mana-mana” jawab Aina ringkas, rimas. Dia membuka bukunya dan cuba menumpukan terhadap pelajaran yang diajar.

Semasa melangkah keluar daripada kelas, Aina terdengar namanya dipanggil. Hajat dia ingin berpaling tetapi hatinya menegah daripada berbuat demikian. Fikirnya tiada siapa yang mengenalinya dengan nama Aina. Tiba-tiba bahunya ditepuk dan alangkah terkejutnya melihat Asrol, kawannya sejak kecil.

“Siapa awak?” soal Aina cuba menyembunyikan perasaannya.

“Aina... aku ni. Mustahil kau tak kenal aku,” jawab Asrol cemas.

“Siapa Aina? Saya Harlisa!!!”

“Tipu !!! Aku kenal kau Aina. Aina apa dah terjadi pada kau?”

Aina mengatur langkahnya laju dan sampai ke kereta. “Abang...” panggil Aina ke arah Haris yang sedang leka berbual dengan seseorang. Haris berpaling melihat adiknya yang sedang diganggu oleh seorang lelaki.

“Hei.... kenapa kau kacau adik aku?” soal Haris mengengam penumbuk .Dia dapat melihat jelas lelaki itu memegang bahu Aina.

“Aina..... tunggu. Aku Asrol !!!”

“Kau nak penumbuk aku ke? Aku kata jangan kacau adik aku!” Marah Haris dan nyaris-nyaris penumbuk mengenai Asrol tetapi tangannya dipegang oleh Aina.

“Sudahlah… jom kita balik,” kata Aina dan menarik Haris ke kereta dan akhirnya mereka meninggalkan tempat itu.

“Lis, abang rasa elok Lis tukar kolej,” ucap Haris.

“Tukar kolej? Kenapa?”

“Iyelah…hari pertama pun dah ada orang kacau.”

“Tak payahlah. Lain kali Lis tahu jaga diri,” pujuk Aina.

“Baiklah. Kalau ada orang kacau Lis lagi bagitau abang !!!”

Aina ke kolej seperti biasa dengan dihantar dan diambil oleh Haris. Mama juga sudah boleh mengerakkan tangan dan sudah boleh duduk di kerusi roda. Hubungan Aina dengan keluarga itu juga semakin rapat dan dia juga sudah lupa bahawa dia adalah anak angkat. Cuma hatinya terusik apabila memandang ke arah Asrol. Pemuda itu tidak menganggunya lagi malah menjelingnya pun tidak walaupun mereka sekelas .

“ Harlisa… boleh tak kita berbual sekejap?” tegur satu suara. Aina berpaling dan melihat Asrol sedang berdiri di belakangnya.

“Iya… berbual? Bo…leh..” jawab Aina ragu-ragu. Asrol tersenyum dengan jawapan Aina. “Ada apa?”

“Saya nak minta maaf mengenai kejadian hari tu. Saya ingat awak ni…..”

“Aina.”

“Ya. Mana awak tahu?”

“Sebab awak panggil saya ‘Aina’ masa tu,” jawab Aina tersenyum.

“Iya… dia kawan saya. Wajah awak sama dengannya”

“Ooo… dia belajar di sini ke?”

“Tak. Dia menghilangkan dirinya. Hari ni dah masuk 47 hari dia hilang.”

“Tak buat laporan polis?” Aina berpura-pura simpati. Hatinya tersentuh apabila mengingati tempoh kehilangannya.

“Dah tetapi pihak polis tidak menemuinya. Semua orang seolah-olah sudah putus asa tetapi saya akan tetap mencarinya.”

“Eh, abang saya dah datanglah. Saya pergi dulu.”

“Ok…”

****

Aina termenung di sebuah bangku menunggu kedatangan Haris mengambilnya. Kadang-kadang dia rasa kasihan apabila melihat Haris terpaksa bersusah-payah datang dari pejabat mengambilnya dan pergi ke pejabat semula. Haris terlalu baik kepadanya tetapi kadang-kadang Haris juga menunjukkan sikapnya yang suka mengongkong lebih-lebih apabila Haris menemuinya bersama Asrol. Dia menganggap Haris berbuat begitu kerana ingin menjaganya sebagai adik tetapi entah mengapa hatinya mengatakan Haris berlagak seperti kekasihnya. Walau bagaimanapun apabila difikirkan balik Aina juga menyukai Haris tetapi dia terpaksa melupakan perasaannya kerana tidak mahu mengecewakan Datuk Hamidi.

“Lis… jauhnya termenung!!!” tegur Haris mengejutkanya. “Sorry abang lambat…”

“Tak pe…” Aina terus masuk ke dalam kereta.

“Iye… tak pe sebab boleh borak dengan pakwe, kan?” sindir Haris.

“Apa abang merepek ni? Abang ingat Lis macam tu ke?” Marah Aina serta-merta. Entah mengapa dia tidak dapat mengawal amarahnya pada hari itu.

“Lis… relaks… sayanggg. Jangan macam ni,” terkejut Haris dengan sikap Harlisa. Sepanjang perjalanan itu mereka membisu hinggalah sampai ke rumah.

“ Lis, I’m sorry,” ujar Haris yang masih di dalam kereta.

“Ok tak pe. Tetapi lain kali abang kena ingat Lis adik abang bukan kekasih abang…”

****

Haris menghempaskan fail yang dibacanya. Dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja. Dia cuma teringatkan Harlisa. Sejak tiga hari lalu mereka sudah tidak bertegur-sapa dan Lis juga menjauhkan dirinya.

“… Lis adik abang bukan kekasih abang….”

Dia terlupa bahawa Lis adalah adiknya sedangkan selama ini dia menjaga Lis lebih dari itu. Memang dia cemburu melihat Lis bersama Asrol sejak pertama kali lagi. Entah mengapa dia tidak dapat menahan perasaan itu. Dia rasa gembira bila dapat berbual dan bergurau mesra dengan Lis. Dulu adiknya tidak begitu cuma selepas dia balik dari London, dia mendapati keperibadian gadis itu berbeza. Mungkin Harlisa menerima tamparan yang hebat daripada apa yang terjadi terhadap mama. Wajah Harlisa menjelma lagi, menganggu minda. Haris menumbuk mejanya dengan kuat dan terasa perit di buku tangannya. Dia tidak ingin dikatakan jatuh cinta pada adik sendiri. Lantas dia bingkas bangun dan menuju ke bilik papanya.

“Papa, Haris nak ke London,” ucapnya setelah memberi salam. Datuk Hamidi mengerut dahinya.

“Kenapa. Ada apa masalah?”

“Tak de. Cuma rasa nak berhijrah ke London.”

“Menetap di sana?”duga si ayah dengan serius sambil memusingkan kerusinya.

Haris angguk.

“Sebab Harlisa?”

Haris geleng.


“Jangan nak tipu . Papa tahu apa yang terbuku dalam hati Haris,” memang dia mengerti apa yang telah terjadi kepada anaknya itu. Pandangan mata sahaja sudah cukup memberitahunya.

“Ampun papa. Haris rasa Haris dah berdosa papa. Haris kena tinggalkan Malaysia, Haris tidak boleh tinggal di sini,” pohon Haris yang melutut di kaki Datuk Hamidi.

“Mari papa ceritakan satu rahsia kepada Haris”

****

“Lis… buatkan abang air,” suruh Haris dan melangkah masuk ke bilik tidurnya kembali. Aina bingkas bangun daripada sofa dan bergegas ke dapur untuk membancuh air.

“Abang… ini airnya,” beritahunya perlahan dan meletakkan air itu. Lelaki itu sibuk mengetuk keyboard komputernya.

“Tunggu kejap,” Haris tetap leka mengadap komputernya.

Aina memerhatikan keadaan bilik Haris. Suasana yang terhias kemas.

“Kenapa. First time ke masuk ke sini?” soalnya.

“Ya,” jawab Aina tanpa berfikir panjang.

“Ooo… dulu-dulu tu siapa yang masuk ke bilik abang. Bukankah Lis juga yang masuk?” perli Haris menghentikan kerjanya dia bingkas bangun mengadap Aina.

Ada sebarang alasan?” soal Haris mengenyitkan matanya.

No. Tak de.”Aina kaget. Mengapa Haris berkelakuan pelik pada malam itu?

Haris merenung mata Aina.

“Kenapa renung Lis macam tu?” soalnya yang malu dengan renungan itu.

“Saja. Bukan luak pun…!!!” ayat yang sama diucapkan oleh Aina

“Abang nak beritahu Lis sesuatu. Dah lama abang nak beritahu perkara ni…”

“Apa dia?”

“Lis ni cantiklah. Ramai kawan abang berlumba nak dapatkan Lis termasuklah Asrol…”

“Abang, apa abang merepek ni?” Aina semakin rimas dengan perlakuan Haris. Mereka semakin rapat.

“Syyyh… diam sayang. Abang tak habis cerita lagi….” Haris menekapkan jari telunjuknya ke bibir Aina.

“Abang pun nak memiliki Lis…” Secepat kilat dia menyambar tangan Aina yang ingin menampar pipinya.

“Relaks… jangan cepat bertindak…. Bayangkan kita dua insan berbeza. Kita bukan adik-beradik. Kita adalah insan yang dijodohkan untuk bersama,” pujuk Haris menombak mata Aina.

“Adakah Aina akan menyintai saya?” soal Haris sengaja menyebut nama Aina. Dia berharap Aina menyedarinya. “Tell me, please,” rayunya lagi. Dia merapatkan bibirnya ke arah bibir Aina dan sepantas kilat Aina menolaknya. Gadis itu berlari menuju ke pintu.

“Tunggu dulu Aina Sabrina.”

Langkah Aina terhenti. Dia terpampan.

“Saya cintakan Aina Sabrina dan bukannya arwah Harlisa. Salahkah saya?” Haris menarik Aina mengadapnya.

Wrong person…!!!” jawab Aina dan berlari keluar dari bilik itu.

****

Aina terkejut besar mendengar berita yang baru diterimanya. Zaza menelefonnya menceritakan tentang kematian Asrol. Pemuda itu kemalangan jalan raya. Airmatanya mengalir laju dan dia segera berlari ke bilik Haris, membenamkan mukanya ke dada lelaki itu. Dia menangis teresak-esak di dalam pelukan Haris. “Asrol sudah tiada” ucapnya tanpa ditanya.

Alangkah luluhnya hati Haris mendengar ucapan itu. Ternyata kasih Aina telah tertumpah pada Asrol. Haris mengemaskan pakaiannya setelah Aina berlalu dari biliknya. Dia tekad untuk tinggalkan Malaysia. Dia terpaksa. Sebelum berangkat dia sempat menjenguk Aina yang tertidur di sofa. Gadis itu kesedihan. Pak Mat menghantarnya ke airport dan meninggalkannya di sana seorang diri Penerbangannya lebih kurang 2 jam lagi dan dia merasakan lambatnya waktu itu. Dia sudah tidak tahan berada di Malaysia. Wajah Aina datang bersilih-ganti. Tiba-tiba bahunya ditepuk.

“Hendak ke mana?” soal seorang gadis.

London,” jawabnya tanpa berpaling ke arah suara itu.

“Mencari Aina Sabrina?” duga suara itu.

Haris tersentak. Dia berpaling. Gadis itu mengenyitkan matanya.

“Aina…!!!” Dia bagaikan terlompat dari kerusinya. Aina juga bangun mengadapnya.

“Aina Sabrina juga ada di London jika Haris ke sana kerana Aina Sabrina berada dalam hati Haris,” tambah Aina.

“Aina…abanggg..”

“Syyyh…” ucap Aina dan menutup bibir merah Haris.

“Aina dah kehilangan sebuah persahabatan dan Aina tak ingin cinta ini juga hilang… Aina cintakan Haris.”

“Aina…. terima kasih sayang,” jawab Haris dan mencium tangan Aina. Dia berjaya.